![]() |
marhaban ya Ramadhan! :D Alhamdulillah kita semua sempat bertemu Ramadhan kali ni. mia harap Ramadhan kali ni menjadi Ramadhan yang paling indah, paling bermakna buat semua. aminnn :)
sempena bulan yang mulia ini, mia nak susun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki mia nak mintak maaf kat sesiapa yang pernah mia sakiti, lukai, ketawakan, kecewakan dan yang sewaktu dengannya. mia pun nak mintak maaf kat sesiapa yang tetiba aje tak suka dengan mia. perangai mia ke, gelak tawa mia ke, percakapan mia ke. semua lah. mia mintak maaf. kepada sesiapa yang mia pernah terkasar bahasa ke, tersilap kata ke, terbelit ayat ke, ter macam macam lagilah. semua ter tu. mia nak mintak maaf jugak kat korang. mia hamba yang selalu buat salah, yang selalu buat jahat.yang buruk buruk tu datangnya dari mia sendiri, dah nama pun hamba Allah yang lemah lagi khilaf, kan? :') korang semua maafkan mia k? :)
and kepada sesiapa yang rasa dirinya pernah buat jahat kat mia, korang jangan risau k? mia dah lama maafkan korang. dah tak ingat dah pun apa yg korang pernah buat kat mia :) mia tak ambik hati pun, jauh sekali nak berkecil hati. kita semua hamba Allah yg lemah. sedangkan Allah memaafkan hamba-Nya, sedangkan Rasulullah s.a.w memaafkan umatnya, apatah lagi mia yang bukan sesiapa ni kan?
hari ni dah second day kita umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, mia harap korang punya puasa setakat ni cukup. haaaaa! takkan baru dua hari puasa dah tak cukup kut? :P Astagfirullah hal azim korangggggg, tak baik tau ponteng ponteng puasa. Allah marah nanti, baru tahu :) mia harap and mia doakan korang punya puasa tahun ni cukup :) terawih jangan ponteng tau. kepada yang lelaki tu, jangan lah ada yang 'uzur' pulak eh nanti. malu lah kat Allah.
tahun ni, harapan mia, mia nak cukupkan puasa kalau takde 'aral melintang'. hihihi. mia nak cukupkan terawih. insyaAllah :) mia nak buat baik kat semua orang, mia nak belajar sungguh sungguh, mia nak jadi hamba yang dicintai oleh Allah, anak yang solehah kepada ibu bapa,kakak yang best giler kepada adik adik,cucu yang baek punya kepada nenek(s), cousin yang sporting kepada cousins, 'teman' yang sejati kepada dia, bestfriend yang disayangi kepada bestfriends mia, kawan yang baik kepada kawan kawan, room mate yang memahami kepada room mates Seri Gading 2B0307, student yang good girl kepada lecturers, junior yang happening kepada seniors and semua lahhhhh. insyaAllah. itu yang mia harapkan dan itu yang mia nak lakukan starting bulan yang mulia ini :') insyaAllah. mia harap Allah permudahkan semua yang mia buat.
mia doakan semua yang baik baik kat korang semua :) kita sama sama doa Allah bagi kita umur yang panjang supaya kita dapat habiskan puasa Ramadhan ini. amin amin ya Rabbal alamin.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada MUSLIMS :)
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!
" ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna "
0857. July 22