A Dreamer

I am currently working on an awesome look for my blog, won't be long :)

  • 00

    days

  • 00

    hours

  • 00

    minutes

  • 00

    seconds

Sign up here to be one of the first to know when it's ready.

Tuesday, May 22

tadaaaaaa! :D

Assalamualaikum & Hi semuaaaaa! :D



di pagi yang indah ini, saya nak cakap Selamat Pagi kat burung burung, daun daun segar, daun daun mati, bunga cantek, bunga tak cantek, kumbang yang hinggap kat bunga, rumput, kucing saya Miki dan semua benda hidup yang hidup disekeliling saya :D hari ni cuaca sangat sangat teramat cantek :) tak panas sangat, tak sejuk sangat. memang suhu moderate lah. tak tau lah pulak nanti tengah hari petang camne. maklumlah, ku sangkakan panas berpanjangan rupanya gerimis rupanya gerimis mengundang. hahaha. terima kasih Zamani kerana ada lagu yang sebegitu. 

dalam episod kali ni saya akan mempersembahkan, *drum roll* TADAAAAAA! picture saya. -________-' hahahahaha :D maaf. takde apa nak dipersembahkan actually. cuma dah lama sangat takde upload picture. mesti korang nak tau camne rupa saya sekarang kan? errr. tak nak tau, eh? heh. mesti tengok gak. peduli apa aku. hihihi. 

dan diriku semakin tembam. terlalu amat tembam. haha. berat pun dah nak 1kg. oh noooooooooooooo! oh em geeeee! hmm. tak makan pun this few days sebenarnya. tapi tak tau lah kenapa berat badan naik. haiyaaa. macam yang saya bagitau kat AA lah, semula jadi macam ni kut. hahaha. lepas tu, dengan serta merta dia gelakkan saya -_____-" macam tu pulak dah. apa nak buat, dah memang macam tu kut, semula jadi. hahaha. makan ke, tak makan ke, berat badan tetap akan naik. tetap akan tembam. hohohoho. 

hari ni rasa malas sangat nak buat semua kerja kat rumah. tapi kena buat jugak. ye lah, kalau saya tak buat, nak suruh siapa yang buat? sorang aje pun kat rumah ni. tak kan nak suruh 'orang lain' tolong buat, kan? huh! hampeh aku kalau 'dia' betul betul tolong. mau tak nya terpekik terlolong aku kat sini. seram. haha.

hah. hari ni tak nak bukak facebook. sebab..... entah. tak nak aje kut. malas. tak tak. bukan malas. memang tak nak aje. sekali sekala jauh sikit dari dunia cyber yang dikelilingi manusia maya, apa salahnya. ye tak? nanti saya jugak yang kena layan friend request bertimbun, inbox yang dah berdebu bertahun tak baca and chat yang terbiar. memang sebenarnya tak kisah nak layan semua benda macam tu kalau rajin. tapi sekarang ni rasa macam tak sesuai lah pulak masa. jiwa raga dan jari jemari ni macam malas nak layan semua tu. bukan hari ni kut. esok lusa maybe :) tengok lah nanti nanti.

saya memang suka nak mencarut sorang sorang macam ni. takde orang tau, takde orang nak tegur typing error, takde orang nak comment, takde orang nak tanya macam macam kat sini. macam saya dengan dunia sendiri aje. kalau ada pun orang nak tegur typo, i would be so glad sebab atleast saya tau orang tu memang care pasal saya dan blog :) kalau ada pun orang nak comment, di alu alukan. hehe. kalau ada pun orang nak tanya apa apa, saya sangat berbesar hati nak jawab. sebab saya memang baik hati. hahhaha LOL okay, yang tu tipu. tak lah baik sangat kut :P hihihi. 

okay, dah berpeluh bawah ketiak korang baca post saya yang panjang lebar macam jambatan pulau pinang ni kan? hihi. maaf. k, ni aje for now. nanti saya masuk sini lagi, saya update, okay? :) sekarang nak sambung balik saya punya novel. sebelum idea hilang, baik cepat cepat write, kan? to all, jangan berhenti sokong karier penulisan novel saya, okay? *perasan much. buku pun belum siap lagi, camne orang nak sokong * hehehe. coming so soon :*

sampai sini aje lah. bertemu lagi nanti. hehe. anyway, kepada kawan kawan yang text saya, sorry sangat sangat sebab tak reply. belum top up. hihi. maaf :)
Assalamualaikum & Bye semua :)))

0840. May 22.
Powered by Blogger.
-