A Dreamer

I am currently working on an awesome look for my blog, won't be long :)

  • 00

    days

  • 00

    hours

  • 00

    minutes

  • 00

    seconds

Sign up here to be one of the first to know when it's ready.

Thursday, May 24

mimpi mainan tidur, ke?

Assalamualaikum & Hi semuaaaaaaaa! :)

hari ni Mia nak share sikit pasal mimpi Mia malam tadi. fuhlamakkkkk. punya lah indah mimpi tu, sampai bangun pagi tadi pun Mia sempat nangis sikit. sebab tak nak end kan mimpi tu :( okay cut it out. jangan nak fikir macam macam, eh? hohoho. biar Mia story sikit kat korang. sebelum Mia lupa and menokok tambah kan mimpi tu sesuka hati. trololol xD

******* story begins. i mean, mimpi tu starts macam ni. ni yang Mia dapat recall aje tau. pendek aje sebab yg lain tu Mia dah tak berapa nak ingat. hehehe. lupa dah. Mia buat macam cerpen lah k? senang sikit nak ceritakan.

setting : kat rumah. tengah tengok Euro 2020. (wow! masa tu Mia dah 26 yrs old. LOL :D )

    "Mia, buatkan abang kopi jap?" Lelaki berbadan tegap itu mengambil tempat di sebelah Mia. Mia nampak sedikit hairan dengan sapaan itu, namun pantas menuju ke dapur menuruti arahan lelaki tersebut yang menggelar dirinya abang. "Nah, ni kopi yang awak nak." Secawan kopi diletakkan di atas meja kaca yang menjadi hiasan di ruang tamu rumah tersebut. "Eh? Kenapa Mia tak panggil abang, abang? Tersasul, eh?" Wajah Mia dipandang dengan penuh tanda tanya. Eh? siapa pulak mamat poyo ni? Kenapa tetiba ada dalam rumah aku? Kenapa aku tak guna tudung? Aurat! Kenapa aku kena panggil dia abang pulak? Kenapa aku kena buatkan kopi pulak? Hish tak betul ke apa mamat ni! Beribu ribu soalan hanya mampu diluahkan di dalam hati. Tak mampu untuk berkata kata. Tak sampai hati. Keadaan menjadi senyap untuk beberapa ketika sebelum Mia kembali bersuara. "Awak, awak siapa? Kenapa awak ada kat dalam rumah saya?" Akhirnya kata kata itu diluahkan. Dengan sedikit hairan, lelaki tersebut menjawab. "Abang kan suami Mia, mestilah kena duduk serumah, kan?" Senyuman ikhlas terbit dibibirnya. Memandang tepat ke anak mata Mia membuatkan jantung gadis itu berdegup sepantas drum yang dimainkan oleh drumer Kumpulan Bunkface ketika lagu Revolusi. Ya Allah! biar betik?! Ini suami aku ke?? sumpah, muka macam pernah tengok! Familiar sangat sangat. Tubuh Mia dirangkul mendekatinya, jari jemarinya digenggam erat. "Mia, abang tau abang jarang ada kat rumah, asyik busy aje memanjang. Tapi abang nak Mia tau, abang cintakan Mia setiap masa, abang rindukan Mia setiap saat abang berjauhan dengan Mia." Sekali lagi jantung Mia rasa macam nak tercabut dan lari kalau jantung tu ada kaki. Bibirnya kaku bagaikan dikunci serapat rapatnya. Tak mampu untuk berkata kata. Dibiarkan saja jari jemari lelaki tersebut menggenggam erat jemarinya. Terasa begitu tenang berada dalam dakapan lelaki itu. Degupan jantungnya yang menyapa pendengaran Mia membuatkan Mia menitiskan air mata. Terlalu bahagia mempunyai suami yang menyayanginya begitu. Walaupun sebenarnya Mia masih lagi tidak pasti apa sebenarnya yang telah berlaku disekelilingnya saat ini. Mia tidak mengerti apa semua ini. Berkali kali dia cuba mencubit diri sendiri untuk memastikan dia tidak bermimpi. "Ouch! Okay aku tak mimpi. Real lah ni? Oh My Gucci!" "Mia, hujung minggu ni abang cuti, jum pergi holiday? Abang nak bawak Mia ke satu tempat yg sangat sangat istimewa. Passport Mia masih dapat guna, kan?" Mia mengangguk laju menjawab pertanyaan lelaki itu. Hish mamat ni, tak nak introduce kat aku dulu ke nama dia? Aku tak tau apa apa pun pasal dia ni. Mia mengomel dalam hati. Mia menekan laju nombor telefon ibunya. "Assalamualaikum mummy. Mia ada hal nak tanya mummy ni. Mummy busy tak?" "Walaikumsalam. Ha, nak tanya apa? Tanyalah. Mummy tengah free jugak ni. Lagipun lama dah mummy tak borak  dengan Mia semenjak Mia bernikah hari tu. Dah tak merajuk dah ke?" Panjang lebar ibunya bercakap di hujung talian. "Nikah? Mia ke? Bila? Merajuk? Kenapa pulak nak merajuk?" bertalau talu soalan diajukan kepada ibunya. Mia semakin buntu. Mia hairan. "MasyaAllah. Boleh tak ingat pulak bila bernikah? Hri tu lah, sebulan yang lalu. Ye lah, kan hari tu Mia merajuk sakan tak nak kahwin. Bukan pilihan hati lah kata Mia. Ni ada apa Mia nak tanya tadi?" Whatttttt?! Sebulan yg lalu? Aku tak tau pun! Bukan pilihan hati? Habis tu, kahwin paksa ke apa? Haish apa semua ni? Bangunkan aku, oh please bangunkan aku! Mia memberontak dalam hati. Bengkak hatinya mendengarkan kata kata ibunya. "Mia, abang nak Mia janji dengan abang something, boleh?" Mia tersenyum mendengar kata kata itu. Matanya kembali memandang ke arah kepulan kepulan awan yang begitu cantik dari pandangan di dalam kapal terbang MAS yg mereka naiki. "Mia" Pantas jari jemarinya mencari jari Mia. "Abang nak Mia janji apa? InsyaAllah, kalau Mia mampu, Mia akan cuba tunaikan janji tu." "Abang nak Mia ada disisi abang sampai bila bila. Sampai akhir nafas abang. Mia janji tau?" Riak wajah lelaki tersebut nampak tenang menuturkan kata kata itu. Entah kenapa hati Mia tidak setenang wajah lelaki tersebut. Takut menyelubungi dirinya. Kata kata tadi seperti satu petanda yg buruk pada pendengaran halwa telinga nya. Pantas dia menggenggam erat tangan lelaki itu, takut kehilangannya. "Abang, Mia janji. Mia akan ada disisi abang sampai bila bila. Abang jangan risau, eh?" Wajahnya diukir segaris senyuman yang seikhlas mungkin kerana hatinya terlalu risau saat ini. Satu kucupan di dahi Mia diberikan dengan penuh kasih sayang. Kasihnya Mia kepada lelaki tersebut, hanya Allah yang tahu. Tetapi saat bahagia mereka mula menjadi cemas tatkala satu pengumuman oleh co-pilot kapal terbang tersebut berkumandang di segenap ruang kapal terbang. "Para penumpang, sila pasang tali pinggang keselamatan anda. Di sini terdapat sedikit masalah teknikal. Diharap para penumpang tidak cemas dan mengikut semua arahan yang akan peramugari dan peramugara berikan. Terima Kasih." "Puan?" Mia memaksa dirinya untuk membuka mata. Terasa sakit yg teramat sangat pada seluruh tubuhnya. "Puan okay ke?" "Mana suami saya?" Setelah menyedari lelaki yang dicintainya sepenuh hati, tiada disisi. "Maaf Puan, yang terselamat cuma dalam bilangan yg sedikit. Suami Puan... Saya harap Puan bersabar." Tiada kata yang mampu terbit dibibirnya tatkala melihat kearah seorang lelaki yang terbaring berlumuran darah tidak jauh dari tempatnya berada sekarang. "Abang!" Hanya air mata yg menemaninya saat tubuh kaku itu berada erat dalam dakapan nya. "Abang! Jangan tinggalkan Mia, abang please! Mia sayang sangat kat abang. Abang please jangan pergi tinggalkan Mia. Abang, bangun! Bangunlah abang. Mia ada ni. Abang bangunlahhhhhhh!" Air matanya tak berhenti mengalir. Namun sekuat mana Mia menggoncang tubuh tersebut, sekuat mana Mia menjerit memanggilnya, tubuh itu tetap kaku.

*** tamat!
lepas tu, ada sorang peramugari ni datang kat Mia, dia bawak jam loceng besar tau. and dia cakap, "BANGUN MIAAAAAAA! dah pagi dah ni! pergi Subuh!" lepas tu dia tikam alarm clock tu kat Mia. hahahahhhahaha trololol xD Mia pun terjaga. jam pun dah pukul 5.45 a.m. lewat sangat sangat bangun pagi tadi. semua gara gara mimpi tu lah. LOLOLOL xD

kenapa Mia cakap mimpi itu indah? sebab korng tak dapat rasa apa yg Mia rasa dalam mimpi tu. bila disayangi macam tu, indah sangat sangat. tu namanya bercinta lepas kahwin. indah kan? :') ada macam skip skip setting, kan? laaa., mimpi memanglah macam tu. selalu aje nak skip skip. tapi yg last tu, Mia tak suka. Mia tak nak kehilangan orang yg betul betul sayang kat Mia. Mia tak nak :'( Ya Allah, harap harap itu hanya mainan tidur.

P/S : siapa lelaki dalam mimpi tu? muka macam familiar, tapi bukan sesiapa yg Mia kenal sebelum ni, bukan artis. siapa dia??? oh gosh! :/ kalau itu jodoh yg telah Engkau tentukan untukku, Ya Allah, temukanlah aku dan dia :) amin.

0845. May 24.
Powered by Blogger.
-