Thursday, May 10. 1756.
hey peopleeee :)) Assalamualaikum.
Sahabat.. Encik MNS, maafkan saya kerana tidak dapat menyukai awak seperti mana awak menyukai saya. maafkan saya kerana tidak mencintai awak seperti mana awak mencintai saya. maaf kerana hati ini bukan untuk awak. siapa lah saya hendak menghalang awak menyayangi saya. tetapi seperti yang selalu saya katakan kepada awak, saya tak menyukai awak. saya menganggap awak sahabat saya, tak lebih dari itu. hati saya belum terbuka untuk sesiapa dalam masa terdekat ni. beberapa tahun ni, biarlah hati saya begini. maafkan saya. awak pergilah cari cinta sejati awak. jangan mengharapkan saya. pergilah. saya tak mampu nak letak nama awak di dalam hati saya kerana nama seseorang telah mengambil tempat sepenuhnya.
Sahabat.. Encik NI, terima kasih kerana menjadi sahabat saya sewaktu saya 'cedera', dan maafkan saya kerana tidak mampu menyayangi awak banyak banyak seperti mana awak sayangkan saya. saya, awak, tidak lebih daripada hubungan sahabat :)
Cinta Hati.. Encik AA, maafkan saya kerana masih menyayangi awak. maafkan saya kerana masih mencintai awak. maafkan saya kerana masih setia kasihkan awak sehingga saat ini. saya tak mampu nak melawan kata hati. hati saya masih menginginkan awak. hati saya terlalu kasihkan awak. saya berharap Allah tunjukkan jalan untuk saya. dan saya sedang berdoa,mengharapkan yang terbaik. awak jangan risau, saya tak ganggu awak. saya cuma nak mintak izin, menyayangi awak sampai bila bila. boleh? saya tak mampu nak erase nama awak yang memang dah ada dalam hati saya. maafkan saya. kasih dan sayang saya, hanya pada awak. dan saya tak pasti sampai bila. maafkan saya.
Ya Allah, biarkanlah perasaan ini begini. kerana perasaan ini begitu indah untukku. kerana hamba-Mu ini begitu kasihkan dia. ya Allah, jika dia jodohku, Engkau dekatkanlah hatiku dan hatinya. jika dia bukan jodohku, kuatkanlah hatiku untuk menerima takdir-Mu, ya Allah. sesungguhnya kasihku terhadap-Mu dan kekasih-Mu, Rasulullah s.a.w adalah yang tertinggi.