Friday, April 27. 1252.
Assalamualaikum w.b.t muslimin dan muslimat :)
Hari ini saya nak share isi Khutbah Jumaat untuk Jumaat ini. Khutbah di Masjid Jamek Kuching.
Tajuk khutbah hari ni : Pekerjaan yg berkat.
pekerjaan yang paling berkat ialah ibadah. sehebat hebat keberkatan ialah apabila hasil pekerjaan tersebut digunakan ke jalan Allah. sesiapa yg beramal soleh yang beriman, maka Allah akan mempermudah hidup mereka dan menambahkan rezeki mereka.
"Allah menyayangi hamba yg berusaha mencari rezeki untuk makan minum keluarga,bersusah payah mencari rezeki ialah seperti mujahid di jalan Allah aza wajalla"
hadis riwayat Bukhari.
pekerjaan yg diberkati oleh Allah ialah :
1. org yg bekerja dengan sumber halal.
2. org yg mengikut etika kerja.
3. org yg mengamalkan undang undang kerja yg betul.
4. org yg memberi zakat sebahagian hasil daripada pekerjaan tersebut.
sekian, ni saja saya nak share kat korang semua. Assalamualaikum ;)